Bilakah Umur Yang Paling Sesuai untuk Anda 'Settle Down'?

Settle down pada umur 20, lepas tu “unsettle” pada umur 40.
Mesti anda rasa saya main-main kan? Tidak. Baca dulu apa yang saya tulis di bawah ni.
Kebanyakkan dari kita bazirkan umur 20-an kita (termasuk saya) dan tidak menyimpan apa-apa. Kemudian kita akan struggle kewangan kita semasa umur kita 30-an dan 40-an untuk settlekan semua bil-bil dan komitmen kita. Semasa umur kita 50-an kita mula berharap agar kehidupan kita lebih terarah dan berdoa agar kita dapat pencen dengan senang hati selepas umur kita mencecah 60-an
Image result for energy time money

Itu adalah trend kebanyakkan dari kita pada hari ini dan trend ini adalah kurang baik. Ia adalah dipanggil "hutang masa hadapan" - anda meminjam masa anda pada masa hadapan dengan membuang apa yang boleh anda usahakan pada hari ini. Dengan menjadi seorang yang produktif pada hari ini, dan membayar masa produktif anda hari ini untuk menjadi simpanan pada masa hadapan. 
Jujur saya katakan, apabila saya berada di awal 20-an, saya juga bingung dengan apa yang saya hendak lakukan seperti kebanyakan orang lain yang sudah dewasa, Namun saya berpegang dengan kata-kata dari ayah saya yang memberitahu saya sesuatu yang sangat bermakna.
Semasa kamu dalam usia 20-an, kamu mempunyai masa dan tenaga tetapi tidak bukan wang. kemudian, bila kamu lebih dewasa, kamu punyai wang dan tenaga tetapi tidak mempunyai masa. Kemudian lagi, bila mana kamu sampai kepada umur seperti saya, kamu akan punyai wang dan masa, tetapi ketika itu, kamu tidak lagi mempunyai tenaga. Jika ayah dapat kembali ke umur ayah 20-an dahulu, ayah akan bekerja sekerasnya supaya ayah mempunyai masa dan wang ketika mana ayah masih mempunyai tenaga. 
Image result for energy time money

Jadi, kesimpulannya, berkerja keraslah semasa kita berusia 20-an. Hidup dengan sederhana, dan kerja kuat sementara kita mampu dan bertenaga. Bukanlah sehingga tidak langsung berbelanja, tetapi perlulah menyimpan duit yang kita ada, dan laburkan, supaya nanti kita lebih bersedia dan tidak risau semasa kita mencecah umur 30 dan 40-an kelak.
Jika anda masih di awal 20-an, fikirkan tentang semua yang anda ingin lakukan sebelum anda mati tetapi anda belum dapat buat pada masa sekarang. Kemudian, cuba anda fikirkan bagaimana kehidupan anda semasa anda berumur 30-an dan mempunyai pekerjaan yang stabil, bebas dari beban hutang, tanpa perlu membayar bulanan kereta anda, rumah yang telah habis dibayar, dan akaun persaraan anda yang kukuh, dan pada masa itu, anda tidak perlu berhutang untuk memiliki sesuatu yang anda tidak mampu memiliki secara tunai. Lakukan semua yang anda ingini tanpa perlu mengeluarkan sesen pun dengan simpanan dan pelaburan anda pada hari ini. 
Sekarang, simpan dahulu penat anda, dan fokuskan tenaga anda untuk memperolehi wang yang cukup untuk anda lakukan semua yang anda idamkan semasa anda berusia 40-an nanti dan mungkin untuk sepanjang masa tua anda. Masa tu, anda boleh lakukan semua perkara yang anda mahu, dan anda mampu dan masih mempunyai tenaga untuk menikmati semua itu.

Apa pendapat anda? bilakah umur yang paling sesuai atau mungkin umur yang telah anda rancang untuk anda settle down atau bersara?

Wassalam.

Comments